Thursday 27 February 2014

Tanda - Tanda Awal dan Simptom Serangan Jantung yang perlu anda ketahui.

Posted at  5:23 pm  |  in  tips

Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  • Lidah terasa tegang dan pendek.
  • Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  • Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  • Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  • Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  • Rasa keletihan sepanjang masa.
  • Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  • Degupan jantung tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  • Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda…

Via _ Melayu Kini

Baca lagi yang ni ^_^
Tips diet rendah karbohidrat.
Tips merawat ulser.
Tips dapatkan kulit berseri dan bersinar.

Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

0 comments:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top