Monday 3 March 2014

Aokigahara : Belantara Maut yang Berhantu.

Posted at  10:00 am  |  in  seram

Terletak pada 'Hati' utama Gunung Fuji, Aokigahara mungkin hutan paling terkenal dalam jepun. Ianya juga dikenali sebagai Lautan Pokok, Hutan Bunuh Diri dan Belantara Syaitan Jepun. Sejak tahun 1950-an sebanyak 500 kes bunuh diri telah dicatatkan disini. Ianya juga dipanggil sebagai 'tempat paling sempurna untuk mati'. Selain itu, Aokigahara juga berada pada kedudukan ke-2 dunia selepas Golden Gate Bridge dalam senarai tempat paling popular untuk membunuh diri.

Kelahiran Lagenda Menyeramkan.




Lagenda mengatakan bahawa semua ini bermula selepas Seicho Matsumoto menerbitkan novel yang bertajuk Kuroi Kaiju (Lautan Hitam Pokok) pada tahun 1960. Pengakhiran novel tersebut menceritakan sepasang kekasih bersama-sama membunuh diri dalam hutan tersebut. Sejak itu ramai percaya Seicho Matsumoto lah pencetusnya. Namun begitu, sebelum novel tersebut diterbitkan telah banyak kes kematian dicatatkan pada hutan itu. Ratusan orang Jepun telah menggantung diri mereka dalam Hutan Aokigahara.

Best seller paling kontroversional 1993 'The Complete Suicide Manual' oleh Wataru Tsurumui memperincikan cara - cara untuk membunuh diri dan menyatakan bahawa Aokigahara tempat paling sempurna untuk mati.Oleh itu, Tidak mengejutkan setiap mayat yang ditemui tergantung, mempunyai buku ini dalam barangan yang dibawa oleh mereka.

Kes bunuh diri di Jepun sangat tinggi dan menyedihkan, ditambah lagi dengan kewujudan 'manual' untuk mati dan hutan ini. Ianya benar-benar menyedihkan. Walaupun begitu,banyak usaha telah dilakukan untuk membantu mengurangkan gejala tidak normal ini.

Menurut lagenda lagi, pada zaman dahulu kala, keluarga yang miskin dan kekurangan makanan akan meninggalkan ahli keluarga perempuan yang mengalami haid dalam hutan Aokigahara, bagi mengurangkan bebanan. Mereka yang ditinggalakan akan mati kelaparan, oleh kerana itulah Aokigahara juga dikatakan dihantui oleh Roh orang yang ditinggalkan ini.



Info tambahan, terdapat banyak kisah tentang syaitan dan hantui yang berkaitan dengan hutan ini. Ianya dikatakan roh - roh ini bergayut diantara pokok ke pokok dan kelihatan pucat serta mampu berubah bentuk, lapor pelawat.

Spiritualis Jepun percaya kes bunuh diri telah menyebabkan tanah Aokigahara 'tercemar' dan ianya menghasilkan aktiviti paranormal serta 'cuba' untuk menghalang sesiapa jua yang memasukinya keluar. 

Topografi yang menyeramkan.



Hutan yang luas ini meliputi 3500 hektar hutan tebal. Pokok - pokok yang terdapat dalam hutan ini juga sangat besar. Walaupun pada waktu tengah hari, ianya tidak mustahil untuk mencari kawasan yang gelap. Hutan ini juga jarang kelihatan haiwan berkeliaran, kesunyiannya sememangnya menakutkan.

Bunyi burung berkicauan juga jarang didengar. Selain itu, kawasan ini berbatu dan dipenuhi dengan 200 buah gua.


Apa yang tidak menyenangkan tentang hutan ini ialah, struktur hutannya yang tebal, dipenuhi akar - akar pokok yang menjalar dan lantainya yang tidak selamat. Semua ini, memberikan satu perasaan seolah - olah kehadiran pelawat tidak di alu-alukan.

Tambah menyeramkan, kompas , telefon bimbit dan GPS tidak boleh digunakan dalam hutan ini, kerana hutan ini dipenuhi daya tarikan magnet dari setiap penjuru. Tidak hairanlah penduduk tempatan mengatakan tempat ini gemar menyesatkan pelawat.




Selain daripada mayat dan tali gantung buatan sendiri, terdapat juga papan tanda yang dipasang oleh pihak berkuasa pada setiap sudut kawasan hutan Aokigahara.

Papan tanda tersebut tertulis "Nyawa anda hadiah berharga daripada ibubapa" dan "Sila rujuk pihak polis sebelum anda bercadang untuk membunuh diri." Namun jika dilihat pada jumlah kes bunuh diri, papan tanda ini gagal menyelesaikan masalah.


Tempat yang menyedihkan untuk mati.



Sekitar tahun 1970-an kes bunuh diri semakin popular sehingga kerajaan Jepun terpaksa melakukan kerja pencarian dan 'pembersihan' mayat secara berkala. Pada tahun 2002 sejumlah 78 mayat ditemui dan penemuan ini mengatasi rekod penemuan mayat pada tahun 1998 iaitu sebanyak 74 orang. Seterusnya pada tahun 2003, peratusan kes bunuh diri meningkat kepada 100%.

Pada tahun kebelakangan ini, kerajaan Jepun telah berhenti menyatakan jumlah kematian berkaitan bunuh diri berkaitan Aokigahara kepada umum. Pada tahun 2004, jumlah kes bunuh diri ialah sebanyak 108. Sekitar tahun 2010, seramai 247 orang cuba membunuh diri dan hanya 54 yang berjaya. Namun begitu, ia hanya jumlah yang ditemui. Tidak mustahil masih banyak mayat yang belum ditemui.

Kesan kepada Penduduk Setempat.



Keadaan ini juga memberikan impak yang buruk kepada penduduk setempat. Seorang lelaki tempatan berkata "Ianya amat menggangu saya,kerana tempat tersebut sangat terkenal dengan kes bunuh diri." Seorang pegawai polis juga memetik "Saya sudah menyaksikan banyak mayat yang telah reput dan dimakan oleh haiwan liar. Tiada apa yang indah dan menarik tentang mati di situ." Perkara ini amat memalukan, hutan yang unik dicemari dengan kes bunuh diri.

Pekerjaan menjaga hutan itu atau mengutip mayat lebih sukar berbanding kerja pihak polis. Para pekerja akan mengeluarkan mayat tersebut, setelah itu menyimpannya dalam bilik khas untuk orang bunuh diri. Pekerja kemudiannya akan bermain Janken sesema mereka, iaitu permainan gunting,batu,kertas (osom), yang kalah akan tidur dalam bilik khas tersebut. (Gila)

Sebenarnya seseorang diperlukan untuk tidur bersama mayat - mayat ini. Dikatakan bahawa, roh mereka akan menjerit sepanjang malam sekiranya dibiarkan bersendirian. Badan mereka juga akan bangkit dan mencari peneman. (zombie)

Lebih teruk, tahun kebelakangan ini, orang ramai akan masuk ke dalam hutan untuk mencari harta karun. Maksud saya, mengutip barang - barang si mati. Sungguh tidak ada rasa hormat.


Dokumentari Hutan Bunuh Diri.

Disini saya sertakan video hebat tentang seorang lelaki yang sering menjadi Jaga dalam membanteras gejala bunuh diri.
Seperti yang saya katakan, kes bunuh diri di Jepun antara yang tertinggi di Jepun dan tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan. Sedih..


Jadi apa pendapat anda tentang Aokigahara ? Adakah ia tempat paling menyeramkan di dunia ? Adakah anda berani menjelajah hutan ini ? Adakah anda berani berkhemah disini jika di cabar ? sila tinggalkan komen korang. :)

P/s: Pada masa akan datang, saya akan tulis entri tentang Lembah Maut, kat mana tu ye ? nantikan ~ :)


Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

0 comments:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top