Wednesday 5 March 2014

Ciri-Ciri Anak Yang Mengalami Stres

Posted at  10:00 am  |  in  informasi


Kini masalah tekanan atau stres seolah-olah menjadi masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Bukan orang dewasa sahaja yang mendapat serangan penyakit stres, kanak-kanak tidak terkecuali daripada mendapat masalah stres.
Mungkin ada orang dewasa boleh mengalihkan stress yang dialami dengan pelbagai cara alternatif, tetapi kanak-kanak yang mengalami stres tidak dapat mengendalikan rasa tertekan yang dialami. Ini menyebabkan mereka mengeluarkannya menerusi kelakuan yang ditunjukkan.
Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam dan buat perangai adalah kanak-kanak yang sedang mengalami stres. Adakah anak anda sedemikian? Cuba kita semak cirri-ciri kanak-kanak yang sedang stres berikut:
Susah tidur
Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.
Terlalu aktif
Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.
Pemalu
Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stres. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
Suka mengamuk
Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukal, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stres. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stres si anak.
Cerewet makan
Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.
Kencing malam
Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stres dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar  mengendalikan rasa hendak buang air kecil.
Mudah menangis
Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stres.
Ketakutan
Kanak-kanak yang stres selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.
pama

Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

0 comments:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top