Friday 10 October 2014

Senarai Kopi Yang Diharamkan Di Malaysia

Posted at  2:26 pm  |  in  informasi


Senarai Kopi Yang Diharamkan Di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan beberapa senarai kopi yang dikategorikan sebagai beracun dan diharamkan di Malaysia. Kopi ini telah dikategorkan sebagai beracun kerana mengandungi bahan terlarang dan bahan kimia yang berbahaya yang boleh membawa maut.

 
Kopi Songkok atau kopi Panggung Al Ambiak antara kopi yang diharamkan KKM



Walaupun begitu, kopi ini masih dijual di kedai-kedai di pasaran Malaysia secara tertutup kerana masih mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kononnya kopi ini mampu memberi tenaga yang berpanjangan terutama bagi mereka yang bekerja berat. Berikut adalah beberapa senarai kopi yang diharamkan di Malaysia.

Senarai Kopi Yang Diharamkan Di Malaysia

1. Cafe Abang Yes
2. Goji Guarana
3. Goji Guarana Extra
4. Guara Cafe
5. King Cappucino
6. Knight Cofee
7. Kolek Cafe Power Plus
8. Kopi Angguk
9. Kopi Asmara
10. Kopi Bagus AAA
11. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
12. Kopi Pahlawan
13. Kopi Super Angguk
14. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
15. Night Cafe
16. Kopi Panggung Al Ambiak
17. Kopi Jantan Tradisional


Kesan daripada kopi ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami serangan jantung mendadak,sakit kepala, mengigil, berpeluh, sakit dada, sesak nafas, muntah – muntah serta boleh membawa maut

via Nizarazu


Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

0 comments:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top