Monday 12 January 2015

2 Lelaki Mencipta Sejarah Tersendiri Apabila Berjaya Memanjat Bukit Setinggi 3000 kaki.

Posted at  1:45 pm  |  in  informasi


Pertama kali dalam tempoh 30 tahun Kevin Jorgenson 30 dan Tommy Caldwell 36 berjaya mendaki bukit yang paling sukar didunia dengan hanya menggunakan tangan.

Mereka mendaki Bukit El Capitan atau The Captain yang berketinggian 3000 kaki. Bukit atau monolith ini terletak dalam Taman Negara Yosemite California. Monolith ini sebenarnya pernah didaki oleh individu lain namun mereka hanya menuruninya melalui Dawn Wall iaitu salah satu 'jalan pendakian'. Bentuk batunya yang hampir rata, menjadikan ia sebagai sebuah monolith yang paling sukar didaki secara 'free climb' , malah laluan pendakian terpanjang di Dunia.

Jorgeson dan Caldwell hanya menggunakan tali sebagai alat keselamatan, bagi mengelakkan mereka daripada jatuh, bukan alat bantuan untuk mendaki. Batuan yang tajam kadangkala mencederakan jari - jemari mereka, menyebabkan mereka perlu berehat selama beberapa ketika dalam khemah yang 'terapung' itu .


Kelihatan jari Jorgesen mengalami kecederaan.
"The Captain"



Mereka memilih untuk mendaki pada waktu subuh, kerana pada waktu siang batu akan menjadi panas.
Keadaan dalam khemah yang terapung.











Mereka telah mendaki hampir 17 hari dan berjaya menawan monolith tersebut pada 10 Januari 2015 yang lalu.

Photos by Big UP Productions and Tom Evens
Sumber DailyMail.com

Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

0 comments:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top