Monday 12 January 2015

7 Jenis dan Punca Kesesakan Lalu Lintas Yang Sering Berlaku di Malaysia

Posted at  10:05 am  |  in  informasi

Kesesakan lalu lintas atau bahasa mudahnya trafik jam (traffic jammed) sememangnya sesuatu yang tidak asing di negara kita. Kesesakan ini kerap kali berlaku di kawasan yang padat terutamanya kawasan bandar, perkara ini secara lansung atau tidak lansung mencetuskan pelbagai ketegangan, stres, pertelingkahan umpamanya. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui punca kesesakan lalu lintas daripada sudut metafizikal atau dari sudut sains. (apa yang berlaku berpunca daripada kita). Oleh itu kami ingin berkongsi pandangan tentang masalah lalu lintas ini tetapi fokus hanya diberikan kepada punca kesesakan lalu lintas di Malaysia.

Berikut ialah 7 Jenis kesesakan lalu lintas yang dikenal pasti.

1. Kesesakkan lalu lintas yang disebabkan kenderaan rosak.

Masalah kereta rosak adalah perkara yang normal, cuma menjadi masalah apabila ianya rosak di tengah-tengah jalan raya dan terpaksa menunggu servis ' towing' bagi mengalihkannya.


2.Kesesakkan lalu lintas yang disebabkan kemalangan.

Malang tidak berbau, kebanyakkan kereta berhenti di sekitar kawasan kemalangan bagi memberikan 'bantuan'. Hal ini secara tidak lansung menyukarkan lagi pihak berwajib untuk memberikan bantuan dek kesesakkan lalu lintas.

3. Kesesakkan secara tiba - tiba muncul.

Sebenarnya perkara ini berlaku secara kebetulan, mungkin waktu tersebut merupakan saat tidak bertuah anda.

4.Kesesakkan lalu lintas musim perayaan atau 'event'.

Kesesakkan ini mungkin yang paling teruk dialami bagi warga kota, kerana ramai warga kota yang berpusu - pusu ingin pulang ke kampung halaman. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda sebaiknya.

5.Kesesakkan yang disebabkan waktu pulang penjawat awam.

Jalan raya lazimnya akan sesak sekitar jam 4 petang, iaitu waktu pulang penjawat - penjawat awam.

6.Kesesakkan yang berpunca daripada waktu pulang penjawat swasta.

Sama kes seperti penjawat awam, namun waktu yang berbeza iaitu sekitar jam 5:30 petang.

7. Kesesakkan akibat pulang lewat demi mengelakkan trafik jam sebelumnya.

Kesesakkan ini lazimnya berlaku sekitar waktu Maghrib iaitu jam 7:20.


Hidup di bandar memang pantas namun trafik lembab macam kura - kura.

Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

1 comment:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top