Thursday, 9 October 2014

Gambar Hukuman Tembak Kepala Yang Pernah Memenangi Anugerah

Posted at  1:32 am  |  in  


Semasa Perang Vietnam, jurugambar kebangsaan Amerika, Eddie Adams, mengambil gambar Nguyen Ngoc Loan, seorang ketua polis Vietnam Selatan, sedang melaksanakan hukuman tembak kepala keatas ahli Viet Kong, Nguyen Vn Gam, di sebuah jalan di Saigon sepanjang awal Serangan Tet pada 1968. Foto itu diambil semasa Adams membuat liputan Perang Vietnam untuk Associated Press.

Adams kemudian menyesali kesan dari foto itu yang telah memenangi Anugerah Pulitzer, dan meminta maaf kepada Jeneral Nguyen dan keluarganya atas kerosakan terhadap reputasi seorang jeneral.

"Saya tidak mengatakan apa yang dia lakukan adalah benar," tulis Adams di majalah Time. "Tetapi anda perlu meletakkan diri anda dalam kedudukannya."

Adams memenangi Anugerah Pulitzer pada 1969 dan anugerah World Press Photo atas foto itu.


-via Diarishare

Kongsi Entri Ini :)

Ezara Lazarus

Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku aku merayu kembali kepada ku rindu pengubat luka~Google+.

0 comments:

Gunakan bahasa yang sopan. :)

Kami-Penafian-Hubungi Kami
Copyright © 2013 Ku PengLipur Lara . Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top