Dalam sebuah kesedihan, wanita ini menunjukkan caranya tersendiri menentang kekejaman perang yang dilancarkan oleh Israel terhadap Palestin. Taman bunganya terletak di Kampung Bilin berhampiran dengan ibu kota Palestin iaitu Ramallah. Wanita tersebut mengutip sisa bom asap yang digunakan oleh tentera Israel semasa pergelutan mereka dengan penduduk tempatan.
Lokasi taman bunga ini berhampiran dengan kawasan sempadan Israel - Palestin yang dipasang dengan pagar dawai berduri sepanjang 430KM.
Wanita ini tidak pernah kekurangan 'stok' bom kerana pertempuran kerap kali berlaku, lebih menarik sisa bom tersebut mempunyai 'tangkai', mudah untuk disangkut dimana - mana.
'Meletakkan' tumbuhan dalam senjata ini menjadi sebuah simbolik di mana warga Palestin penat dengan konflik peperangan yang kerap kali menjadi mimpi ngeri mereka.
Ianya sangat indah melihat peperangan gagal mengalahkan sifat kemanusiaan. :)
Sebarkan kasih sayang dan cinta bukan kebencian.
Tolong Share. :')
0 comments:
Gunakan bahasa yang sopan. :)