KUALA LUMPUR: Penganjur konsert artis K-Pop, B1A4 di KL Live Center
baru-baru ini, TGM Events menjelaskan kedudukan sebenar insiden kurang
menyenangkan membabitkan peminat perempuan Melayu bertudung terhadap
kumpulan itu.
Video perjumpaan dengan peminat berdurasi tiga minit 21 saat yang
menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota
kumpulan berkenaan, selain aksi mencium dahi yang mencetuskan viral di
media sosial dan kemarahan orang ramai.
Menerusi laman rasmi Facebook mereka, TGM Events dengan meminta maaf
atas perkara berbangkit dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa
depan dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama ketika interaksi
antara peminat dan artis.
TGM Events juga berkata, pihaknya menyedari sebahagian daripada
pengisian program berkenaan atas mendapat perhatian dan liputan pihak
media, sekali gus berasa bertanggung jawab menjelaskan hal yang berlaku.
"Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka
letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan
artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu
sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.
"Ia juga bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat.
"Bagaimanapun, memandangkan ini menjadi acara khas bertemu peminat,
program ini dibuat khusus untuk menjalin hubungan baik antara artis dan
peminat.
"Sebelum acara bermula, hos acara sudah mengingatkan peminat supaya
tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan
penyanyi berkenaan. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti
yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa
kami," kata TGM Events.
Menurut TGM Events, sebagai syarikat yang sebahagian besarnya
diusahakan oleh wanita, pihak mereka tidak sekali-kali membenarkan
perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan
media.
"Istilah berkenaan telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat
mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak
bertanggungjawab.
"Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau
agama mereka. Oleh sebab itu, program kami dirancang bersesuaian dengan
minat penonton kami.
"Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami
tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat.
Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi,"
kata TGM Events.
BHOnline.